Sabtu, 25 Disember 2010

Blog Rasmi

Salam,

Blog akan diubah template serta dijadikan rasmi setelah mesyuarat AJK baru yang pertama diadakan pada 1000am 25 12 2010 .

Desa Bestari Blog: Salam perkenalan

Nama Anda*:Hafiz Sayuti Ismail
Emel Anda*:sarfiz@malaysiaairlines.com
Subjek*:Salam perkenalan
Mesej*:Assalamualaikum. Salam perkenalan buat semua warga Desa Bestari. Saya sekeluarga baru pindah masuk pada 17-DEC-2010 lalu di No21, Jalan Bestari 15.
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Jumaat, 17 Disember 2010

Desa Bestari Blog: re: Update AJK Baru

Nama Anda*:azwar
Emel Anda*:pakwar78@gmail.com
Subjek*:re: Update AJK Baru
Mesej*:AJK not complete lagi, coz mesyuarat pertama belum dijalankan lagi masing2 sibuk, ada beberapa orang lagi yang belum diisi ex: Pen.setiausaha, pemeriksa kira2 2 orang kalau massimo morrati berminat boleh pilih kot. insyallah 26/12
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Selasa, 14 Disember 2010

Desa Bestari Blog: ahli baru blog db

Nama Anda*:    ahmad pakwar
Emel Anda*:    pakwar@rocketmail.com
Subjek*:    ahli baru blog db
Mesej*:    salam ma'al hijrah kepada semua semoga kita semua semua penduduk DB salak tinggi dalam lembayung kerahmatan dan penjagaan oleh Allah s.w.t
Gambar (jika ada):    DSC_0098.JPG

Selasa, 23 November 2010

PTT Daerah Sepang - Nafas Baru

PTT Daerah Sepang telah diberi nafas baru. Kini pengurusan channel telah dapat dilaksanakan secara lebih baik dengan perlantikan AJK yang telah dilakukan beberapa bulan yang lalu. Dimana penstrukturan semula Channel PTT telah dilakukan sebaik mungkin juga penglibatan pihak polis yang lebih mantap berbanding duhulu. Juga kaedah pemantaun yang lebih felksibel serta tidak menekan pengguna PTT untuk melakukan pemantaun diluar kawasan masing-masing.

Channel Utama akan dibiarkan "sunyi" dari jam 12 malam hingga 7 pagi setiap hari bagi tujuan memberi laluan kepada pemantaun keselamatan atau panggilan kecemasan sahaja kecuali malam Hari raya. Hanya beberapa orang wakil taman dari segenap pelusuk Daerah Sepang dibenarkan menyertai Channel utama ini bagi tujuan mengelakkan Channel jammed, Manakala channel-channel taman masing-masing atau channel lain boleh digunakan untuk komunikasi setempat.

Oleh itu diharapkan penggunaan PTT dapat dihidupkan kembali di Taman Desa Bestari bagi tujuan pemantauan keselamatan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk khasnya yang menggunakan PTT.

Harap dapat maklum balas dari penduduk Taman Desa Bestari dengan memberi komen pada catatan ini berkenaan PTT.

PTT Maxis

Perkhidmatan PTT MAXIS yang beberapa bulan lepas diumumkan di website nya bahawa perkhidmatan PTT akan ditamatkan pada 30 Nov 2010, kini pengumuman tersebut telah dikeluarkan dari website MAXIS. Besarlah harapan kita untuk meneruskan usaha pemantaun keselamatan taman dengan menggunakan perkhidmatan PTT hanya dengan yuran bulanan RM15 atau untuk mencuba anda boleh melanggan untuk 1 hari dengan yuran RM1.

Diharapkan MAXIS terus menyediakn perkhidmatan PTT ini. Dikhabarkan pengguna PTT diseluruh Malaysia sekitar 3 juta.

Jumaat, 19 November 2010

Desa Bestari Blog: warga baru

Nama Anda*:Noor-Ihsan Che Mat
Emel Anda*:isechemat@yahoo.com
Subjek*:warga baru
Mesej*:Assalamualaikum

Kami baru berpindah ke desa bestari mulai 1 Nov. Rumah no. 22 jln Desa bestari 8
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Rabu, 10 November 2010

Desa Bestari Blog: Jemputan Majlis Kesyukuran

Nama Anda*:Noor Ihsan Che Mat
Emel Anda*:isechemat@yahoo.com
Subjek*:Jemputan Majlis Kesyukuran
Mesej*:Assalamualaikum,

Semua warga Desa Bestari dijemput menghadiri majlis kesyukuran sempena perpindahan ke rumah baru kami di no 22, jln Desa Bestari 8 pada Ahad, 14 November 2010, mulai jam 2.00 ptg.
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Isnin, 1 November 2010

Owners who renovate homes without approval to be fined

The Sepang Municipal Council (MPSepang) will go after owners who have renovated their flats or houses extensively without getting the authority’s approval.

Council president Mohd Sayuthi Bakar said those who had renovated their homes without council permission were now given two months to rectify the situation or face heavy fines.
Full Story...

Rabu, 13 Oktober 2010

Desa Bestari Blog: Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Nama Anda*:Zulkifely Hasim
Emel Anda*:zulhasim@gmail.com
Subjek*:Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Mesej*:Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Tarikh : 16 Okt 2010 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : 3 Jalan Bestari 1

Tuan2 dijemput hadir
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Khamis, 23 September 2010

Desa Bestari Blog: Kebakaran Rumah

Nama Anda*:Zam
Emel Anda*:zaliazam@gmail.com
Subjek*:Kebakaran Rumah
Mesej*:Satu kejadian rumah telah berlaku di kejiranan Desa Bestari. Pada saya, kejadian ini agak diluar keadaan.Setakat maklumat saya ada, kejadian adalah berpunca dari lintar pintas. Tak sangka pulak rmah baru pun boleh kena litar pintas. Justeru, kepada rakan-rakan yang maklumat dan kemahiran tentang keselamatan tentang elektrik, bolehlah berkongsi di sini sebagai langkah-langkah percegahan sesama kita. Kita tidak boleh berharap sangat kepada pemaju.
Gambar (jika ada):



Powered by EmailMeForm

Isnin, 20 September 2010

Linux - PC Lama Dibuang Sayang

Kepada mereka yang memiliki PC lama Pentium 4 dan sebelumnya dan telah beralih angin kepada PC yang lebih baru maka janganlah dibuang jika PC lama tersebut masih boleh berfungsi dengan baik.

Ianya boleh digunakan untuk melayari internet, menghantar emel, mendengar music dan bermacam-macam lagi aplikasi yang boleh digunakan.

PC dah lama? Perlahan? Tidak usah risau, PC lama tersebut boleh menggunakan LINUX sebagai Operating System menggantikan Windows. Antara LINUX yang digemari ialah Fedora serta Ubuntu tetapi ianya tidak berapa laju jika menggunakan PC hardware yang lama.

Apakan penyelesaiannya untuk mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi? Kita boleh menggunakan LUCID PUPPY (LUPU) atau pun nama lamanya PUPPY LINUX. Ianya mudah digunakan serta memerlukan spesifikasi PC yang sangat rendah memadai dengan RAM 128MB (lagi tinggi lagi bagus).

Linux ini sesuai digunakan kerana ia serasi dengan kebanyakan PC hardware. Untuk sambungan internet lebih sesuai menggunakan sambungan kabel network dari PC ke modem anda, ia juga serasi dengan kebanyakan WiFi receiver (USB atau PCI), manakala keserasian denga wireless broadband adalah agak terhad.

Kita boleh mencuba LUCID PUPPY tanpa perlu install pada hard disk. Kaedah pertama install pada USB thumb drive atau CD/DVD (juga dinamakan Live CD/DVD)dan cuba pada PC baru anda tanpa menggangu apa yang ada didalam hard disk anda (anda perlu boot dari USB thumbdrive atau CD/DVD). Bagi PC lama hanaya boleh menggunakan Live CD, Live DVD dan USB Thumb Drive tidak boleh digunakan kerana BIOS tidak compatible.

Kebaikan Linux ini berbanding Linux jenis lain adalah Operating System yang kecil dan laju serta compatible dengan kebanyakkan PC hardware. Sambungan ke internet sekelip mata jika menggunakan sambungan cable netowork ke modem/router anda (streamyx dll.)

Keburukannya ialah bunyi auido scheme ada suara anjing menyalak serta anda perlu adjust resolution monitor serta setting audio card. Mungkin juga perlu setting tambahan jika menggunakan WiFi dan Wireless Broadband Modem. Ada diantara WiFi boleh terus digunakan tanpa perlu buat apa-apa setting.

Download Lucid 5.1.1

Jika menggunakan Live CD (atau DVD) Cuma perlu burn ke CD (atau DVD)

Jika ingin install pada USB Thumb Drive sila dowload
universal USB installer


Download (jika install pada USB Tumb Drive atau hard disk):
Update

Khamis, 26 Ogos 2010

Desa Bestari Blog: Tips menghalang jenayah

Nama
Anda*:
Khairy
Jamaludin
Emel
Anda*:
k_rydipcs84@yahoo.com
Subjek*: Tips
menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia
Mesej*: Tips
menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun
dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam,
cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri
sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda
dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang,
jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka
boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba ,
991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam
handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda
untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis
automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah
atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda
supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat
yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear
& stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi
ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya
dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual)
dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 18.
Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda
buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat
beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Gambar
(jika ada):
logo-polis.jpg
Powered by EmailMeForm

Desa Bestari Blog: Pelan Tambahan Dan Ubahsuaian Rumah

Nama Anda: ZARUL
Emel Anda: technicelufah@gmail.com
Subjek: Pelan Tambahan Dan Ubahsuaian Rumah
Mesej: Salam, kepada penduduk-penduduk Taman Desa Bestari.
Jika anda memerlukan perkhidmatan Pelan untuk ubahsuaian dan tambahan rumah. Sila hubungi: (m)0176383116 (F) 80600018 (e) technicelufah@gmail.com
--
Visitor Ip: 121.121.139.74

Isnin, 9 Ogos 2010

Membudayakan “Peka Keselamatan”

Apa yang perlu kita lakukan adalah 1.memantau persekitaran daripada kehadiran orang asing yang mencurigakan, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah orang tersebut
2.mencatatkan no pendaftaran atas kehadiran kenderaan asing yang tak diundang, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah pemilik kenderaan tersebut
3.maklumkan jiran sekiranya kita tiada dirumah, juga jika pintu rumah,grill atau pintu pagar terbuka agak sila pantau ditakuti rmah tersebut sedang dirompak, juga cuba dapatkan bantuan jiran lain untuk memeriksa pagar belakang rumah samada terkoyak atau tidak, jika pagar terkoyak memang ada penyangak ada didalam rumah tersebut, sila berhati-hati dan maklumkan pihak polis.
4.jangan buat bising tengah malam, sekiranya terdengar bunyi bising seperti bunyi mengetuk atau hentakan sila pantau, maklumkan jiran lain supaya turut memantau
5. pasang lampu belakang rumah, tepi rumah dan depan rumah – gunakan kuasa lampu 8watt atau 11 watt untuk jimatkan bil, jika semua rumah berbuat demikian cahaya terang akan diperolehi dengan sekata, elok guna lampu luar rumah dari jenis yang berskru supaya penyangak susah nak matikan.
6. sila balas sms jiran anda terutama yang berkaitan perihal maklumat keselamatan serta pemantauan keselamatan. Jika sms anda tidak berbalas sila telefon untuk memastikan situasi adalah selamat atau mereka sememangnya memerlukan bantuan
7. keluar berkenalan dengan jiran anda setidak tidaknya jiran, kiri, kanan, depan dan belakang rumah hadiri jemputan ke majlis-majlis kenduri atau bacaaan yasin, jika kita sudah beramah mesra lebih mudah untuk berkomunikasi terutama dalam pemantaun keselamatan atau kes kecemasan
8. pastikan diri masing-masing menyumbang tenaga dalam pemantauan keselamatan termasuk melakukan rondaan sukarela, ingatlah semua orang pun ada hal masing-masing, semua orang sibuk, jadi rancang dan luangkan masa untuk menyertai rondaan keselamatan sukarela, takan malam Sabtu atau malam Ahad pun tak boleh – dah la tu sebulan sekali, takan tu pun tak boleh, hari yang tak boleh tu tukar la dengan jiran lain.
9. elakkan budaya bila seang lupa jiran, bila susah baru nak cari jiran
10. jika sinki anda tiada air terutama sebelah malam jangankeluar rumah dahulu, Tanya jiran anda adakahmereka juga tiada bekalan air (pastikan anda bayar bil), kerana ada trend penyangak tutup meter air supaya mangsa boleh dirompak apabila pintu rumah dibuka.
11. simpan nombor telefon jiran dan AJK untuk pemantauan keselamatan atau memohon bantuan ketika kecemasan, menurut pengalaman biasanya kereta peronda polis akan sampai ketempat kejadian dalam masa 40-45 minit, maka bantuan jiran adalah lebih cepat dari bantuan polis. Ada juga petugas polis bahagian jenayah, pemantau keselamatan kes-kes seperti pecah rumah dan rompakan boleh sampai kelokasi sekitar 5 ke 10 minit, dapatkan nombor telefon mereka dari jiran anda AJK tempat anda (pasti ada yang tahu Cuma jangan segan bertanya)
12. benarkan anak-anak anda bermain bersama anak jiran, paling idak anak kita kenal anak jiran dan jiran kita itu sendiri, kalau kita tak ambil kidah pun nak kenalan dengan jiran kita
13. sentiasa bekerjasama apabila diminta bagi memantau keselamatan setiap masa, kecuali jika anda uzur atau sememangnya da hal yang sangat penting yang tidak boleh ditinggalkan
14.selalu memberi pandangan yang bernas dalam teknik pemantauan keselamatan, walaupun ianya Nampak mudah dan nampak bodoh tetapi sekiranya ia bolehmembantu mengurangkan kebarangkalian kejadian kes jenahyah, kenapa tidak?
15. pasikan kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dijalakan pada waktu kerja biasa – isnin jumaaat- 8.30pg – 5.30 ptg, sabtu 8.00pg-2ptg, untuk memantau jika berlaku kes pecah rumah. Jika waktu cuti panjang elakkan aktiviti ubahsuai rumah - sekiranya ada bunyi bising ia akan memudahan kita memantau bunyi yang tidak sepatutnya itu.
16. didik anak supaya mereka juga membudayakan “peka keselamatan”
17. penyangak ini biasanya akan memerhatikan rumah yang dia nak rompak sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam lebih awal, jika kita Berjaya memantau bau asap rokok atau pergerakan manusia yang mencurigakandipersekitaran rumah atau semak samun ia boleh membantu mengurangkan kejadian jenayah
18. antara waktu berlakunya jenayah ialah pukul 1pagi hingga 5 pagi dan pernah ada kes 7pagi hingga ke 10pagi atau 12 tgh hari

Ahad, 11 Julai 2010

Streamyx @ Desa Bestari Fasa 2

Akhirnya Jumaat lepas 9 Julai pergi mengadap TM PointBanting. Sebab surat merah TM Dah lama sampai. Semak punya semak bil dah mencecah RM458.00 padahal tak pernah guna pun talian telefon tetap untuk membuat panggilan dan streamyx tak pernah pun aktif. Nak dijadikan cerita, ikut procedur TM kena bayar 50% dari bil tertunggak sebelum sebarang aduan boleh diproses, nak tak hendak bayar jugalah RM250.00. Kemudian proses aduan pun dimulakan semula. Dulu penat dah menelefon no 100 tu, kemudian pergi pula ke TM Cyberjaya beberapa kali, emel ke pusat khidmat pelanggan pu dah dihantar namun penjelasan yang diberikan semenagnya tidak munasabah dan tidak professional. Menurut kaunter Banting, dalam sistem semuanya kelihatan sudah sedia untuk perkhidmatan Streamyx bagi kawasan Desa Bestari Fasa 2 nie dimana talian telefon disambung pada Kabinet F391 (dengan sambungan fiber optik) tepi rumah No.1 Jalan Desa Bestari 6. Selesainya proses mengaktifkan semula aduan tersebut maka salinan borang aduan disediakan sebagai rujukan. Kalau mengikut pengalaman perkhdmatan di TM Point Banting lebih mesra pelanggan, mungkin juga mereka ni lebih berpengalaman berbanding TM Point Cyberjaya.

Sebelah petang ketika jam menghampiri pukul 7 malam handphone berbunyi memaparkan nombor yang tak perah kulihat, dengan berat hati jawab jugalah panggilan tersebut, tak disangka-sangka pangilan tersebut adalah dari TM Point Banting memaklumkan tindakan sedang diambil oleh bahagian teknikal di Cyberjaya, kerana sudah lewat petang serta telah menghampirai hujung minggu saya diminta untuk cuba menghidupkan modem untuk menguji talian Streamyx pada hari Isnin 12 Julai atau Selasa 13 Julai dan pihak TM Banting akan menelfon kembali untuk mendapatkan status terkini serta memproses bil yang dah overcharge.

Pada sebelah malam tadi (Ahad 11 Julai)saja-saja gatal tangan nak cuba onkan modem tanpa mengharap apa-apa perkembangan terkini, tunggu punya tunggu penujuk LED "DSL" mula berkelip-kelip, Ha! nampak seperti talian Streamyx sudah aktif! Dengan perasan ragu, manalah tahu jika talian masih tidak 100% berfungsi. Tungu lagi agak lama juga, hingga LED "DSL" terus on permanently. Ada harapan nih! Apa lagi cuba onkan PC, cari USB wireless adaptor tak pulak jumpa... maklumlah modem kat tingkat atas dan PC kat tinggkat bawah, wayer CAT5 yang ada pun pendek jer... cari punya cari.. jumpa gak la USB wireless adaptor tu... test punya test... Alhamdulillah!! boleh online. Maka dengan itu saya pun menulis catatan ini serta menghantar SMS kepada beberapa jiran dijalan Desa Bestari 4,6 dan 8. Saya pasti ramai yang menunggu-nunggu saat ketibaan Streamyx ke Desa Bestari Fasa 2!

Rabu, 30 Jun 2010

Emel Fail Saiz Besar?

Bagaimana caranya untuk menghantar file yang bersaiz besar secara electronic atau emel? Untuk saiz fail kita boleh menggunakan GMAIL ia boleh memuatkan fail bersaiz sehingga maksimum 25MB

Bagi fail bersaiz melebihi 25MB pula boleh menggunakan perkhidmatan percuma atau berbayar dari yousendit sehingga 100MB atau lebih.

Jumaat, 30 April 2010

Pengaktifan GPRS dan Push2Talk

Berikut adalah ringakasan kaedah untuk mengaktifkan PTT berdasarkan info dari website Maxis.

Pengkatifan GPRS

Dail *100#
Dibawah tetapan pilih Pengaktifan GPRS
Pada Telefon Nokia: Pilih "Jawapan"

Pengkatifan Push2Talk
(Model selain dari Nokia 6600,7610,6630 dan 6670)


Langkah 1:
Sms PTT ke 26000

Langkah 2:
Pengaktifan bulanan: Dail *110*30#

Untuk menerima tetapan Push2Talk sila taip SMS PTT atau PTT ke 22333 

Untuk permohonan penukaran kata laluan SMS KATALALUAN ke 22333 (sila tunggu sehingga 15 minit sebelum perkhidmatan PTT boleh digunakan)

Selasa, 27 April 2010

Kisahnye Streamyx di Desa Bestari - Sambungan Dari Kabinet F391

Ini lah cerita nya... lepas pindah, talian dah sambng tapi internet tak ada.... sebab bil terus jalan... mintak diaorg adjust bil.. tapimasihkena bayar yg aku tau aku patut bayar sekitar RM30 jer... tapi kena bayar lebih lak... memanglah diaorg nieh buat keje ntah apa-apa, ada ker kawasan perumahan baru camnie yang ada sambungan fiber tak ada port Streamyx katanye... Ikut la labu company tu bukan bapak kita punya...

daripada help@tm.com.my
kepada xxxxh@gmail.com
tarikh 2010 April 27 10:34
subjek Rebate request
dimel oleh tm.com.my

sembunyikan butiran 10:34 (4 jam yang lalu)

Dear Mr. xxx,

Thank you for bringing this matter to our attention.

We write in response to your request dated 23rd April 2010 pertaining to the matter above.

Upon checking through our system, we found that your Streamyx connections are still having a problem due to port still not available at the new premise.

Please note that as the port is not available at your new premise and there still no connection yet, thus we are unable to suggest any rebate as you need to make connection first if you wish to use the Streamyx account and you may revert to us again once the connection is up for rebate adjustment.

Please note that for any enquiry regarding the port availability at your premise, you have to refer and follow up with the nearest TMpoint outlet. They will assist for further investigation on that matter.

Besides that, you may do the termination process for the Streamyx account due to port not available and also may revert to us again for rebate adjustment. However, once port is confirmed available at the new area and you wish to use the Streamyx again please visit our TMpoint for new account registration.

- Sembunyikan teks yang dipetik -
For further assistance or feedback, kindly e-mail us at: help@tm.com.my.
Alternatively, you may also contact TM at 100 and select "Internet Services".

Thank you.


Regards,
Ernie Yusnie Binti Abu Kasim
Internet Billing Complaint Unit,
Customer Interaction and Service Resolution,
Customer Service Management, Telekom Malaysia Berhad.

Isnin, 26 April 2010

Desa Bestari Blog: jadual waktu & yuran mengaji

Nama Anda: fida

Emel Anda: aneesa_balqish@yahoo.com

Subjek: jadual waktu & yuran mengaji

Mesej: salam pd semua.. ini maklumat ttg kelas mengaji insyaALLAH akan bermula pada 1 MEI 2010, bermula jam 8 malam.. untuk permulaan jadualnya hanya 2x seminggu iaitu selasa n khamis malam.. sekiranya ada pertambahan atau perubahan maklumat akan dimaklumkan kemudian.. yuran bulanan rm40. yuran pendaftaran rm20 (setahun),insyaALLAH modul yg akan disampaikan bukan sekadar ngajar mengaji,jg merangkumi pembelajaran tajwid n amali solat.. sy jg mengalu2kan pandangan n cadangan dr ibu bapa sekalian...jd sekiranya berminat leh hubungi sy:013-9066786, or leh dtg di kediaman. no.16 jln 6 tmn desa bestari.. t.kasih

--
Visitor Ip: 121.120.36.227

Jumaat, 23 April 2010

Perihal Talian Telefon Tetap TM dan Streamyx

Beginilah coretan yang dapat dirakamkan mengenai Perihal Talian Telefon Tetap TM dan Streamyx di Desa Bestari yang masih menunggu jawapan yang tidak begitu diharapkan memberi harapan yang cerah.

-----Original Message-----
From: xxxx
Sent: Tuesday, April 20, 2010 11:04 AM
To: help@tm.com.my
Subject: Perkhidmatan Streamyx - 03-8706xxxx

Pusat Khidmat Pelanggan,

Saya xxxx no KP xxxx-xx-xxxx telah membuat pindahan talian
telefon dari:

03-8889xxxx
No x Jalan P11 K/6,
Presint 11, 62300 Purajaya
Tarikh: 16 Nov 2009

ke 03-8706xxxx
No x Jalan Desa Bestari 6,
Taman Desa Bestari,
Salak Tinggi 43900
Sepang Selangor
(Kawasan Perumahan baru).

Talian telefon di alamat baru telah diaktifkan pada 5 April 2010 setelah
beberapa aduan saya buat kerana talian tidak dipindahkan lagi sedangkan
jiran-jiran telah pun mendapat sambungan talian telefon terlebih dahulu.

Pada 12 April saya telah menghubungi 100, saya dimaklumkan perlu menunggu
sehingga 7 hari bekerja untuk Perkhidmatan Streamyx diaktifkan.

Namunbegitu sehingga 16 April 2010 Perkhidmatan Streamyx masih belum
diaktifkan lagi maka saya telah menghubungi 100 dan dimaklumkan tindakan
akan diambil dalam masa 24jam nombor laporan ialah 1-665014xxxx. Namun begitu
sehingga hari ini semalam 19 April 2010 masih tiada tindakan diambil oleh
pihak TM.

Hari ini saya cuba menghubungi 100 tetapi talian sibuk dalam jangkamasa yang
agak panjang.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Saya berharap pihak tuan dapat memberi maklumbalas dalam kadar segera.

Sekian,

Terima Kasih.

xxxx
017-xxxxxxxx


daripada TM Customer Care Support
kepada xxxx@gmail.com
tarikh 2010 April 23 12:38
subjek Perkhidmatan Streamyx - 03-8706xxxx
dimel oleh tm.net.my

sembunyikan butiran 12:38 (2 jam yang lalu)

Kepada Encik xxxx,

Terima kasih diatas e-mel anda kepada TM. Kami memohon maaf diatas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada e-mel anda bertarikh 20hb April 2010 berkenaan isu perpindahan talian telefon dan Streamyx anda, sila maklum kami telah mengajukan isu anda kepada pihak yang berkenaan untuk siasatan selanjutnya. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Harap maklum bahawa TM amat mengambil berat tentang segala pandangan dan komen yang diterima untuk membaiki lagi mutu perkhidmatan kami kepada semua pelanggan. Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my. Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan "Bantuan Teknikal" untuk bantuan lanjut.

Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.


Yang benar,

Faraliana
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.com.my

(ICOMS#9628440-702632)


---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: xxxx
Tarikh: 2010 April 23 14:46
Subjek: Re: Perkhidmatan Streamyx - 03-87060898
Kepada: TM Customer Care Support


TM Customer Care Support,

Pada hari semalam Khamis 22 April 2010 saya menerima panggilan dari pihak TM dari nombor telefon 03-78446260, beliau memaklumkan kepada saya bahawa perkhidmatan Streamyx tidak dapat disediakan untuk kawasan perumahan saya dengan alasan jarak antara rumah dan equipment sekitar 8KM, oleh itu ditakuti perkhidmatan akan mengalami masalah disebabkan jarak yang jauh.

Saya maklumkan kepada beliau bahawa bahawa talian telefon saya disambungkan pada kabinet berdekat yang jaraknya adalah 2 1/2 tiang sahaja dan sambungan dari kabinet tersebut ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi menggunakan Fiber Optik. Beliau tidak dapat memberi komen lebih lanjut dan meminta saya hadir ke TM Point untuk semakan lanjut.

Mengikut pengalaman saya Talian 100 tidak banyak membantu, manakala TM Point juga lebih memberi kesulitan kepada pelanggan daripada meyelesaikan masalah pelanggan.

Disini ingin saya maklumkan sekali lagi bahawa talian telefon rumah saya disambungkan ke Kabinet F391 DP29. F391 disambungkan menggunakan Fiber Optik ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi, dan DP29 jaraknya 3 tiang dari Kabinet F391 dan kedudukan rumah saya adalah 2 1/2 tiang dari F391.

Saya tidak percaya bahawa perkhidmatan Streamyx tidak boleh disediakan diakawasan perumahan tersebut dengan alasan:

1.Kabinet F391 yang disediakan adalah Kabinet baru dengan sambungan Fiber Optik ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi dan bagi kawasan perumahan baru semestinya Perkhidmatan Internet Jalur Lebar perlu disediakan.
2. Kawasan perumahan tersebut kesemuanya adalah dari jenis Semi-D, hanya 10 talian disambung ke kampung bersebelahan, jika semua fasa telah siap jumlah keseluruhan rumah melebihi 470 unit.
3. Rumah saya hanya 2 1/2 tiang dari Kabinet F391, yang menggunakan sambungan dari DP29 iaitu 3 tiang dari Kabinet F391 iaitu kurang dari 200M dan bukannya 8KM.

Saya percaya telah berlaku kesilapan dipihak pengurusan samada bahagian Planning atau pun bahagian Teknikal mahupun kemaskini pada System Database.

Saya berharap agar pihak TM Customer Care Support mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status permohonan perkhidmatan Streamyx ini. Ini bertujuan mengelakkan kesulitan pada pihak saya yang sememangnya tidak boleh diselesaikan melalui panggilan ke Talian 100 atau pun hadir ke TM Point.

Saya berharap pihak TM Customer Care Support dapat memberi maklum balas pada kadar segera.


Sekian,

Terima Kasih.

xxxx
017-xxxxxxxx



Khamis, 22 April 2010

Open ID

Open ID boleh digunakan untuk mencatat ulasan pada mana-mana blog. Sekiranya anda mempunyai akaun Google anda boleh mencatat ulasan menggunakan akaun tersebut sekiranya blog tersebut menyokong akaun google atau sebaliknya jika blog tersebut tidak menyokong akaun Google anda boleh menggunakan OpenID, sebagai contoh http://www.google.com/profiles/username dimana user name = user name akaun Google anda.

OpenID tidak terhad kepada akaun Google sahaja malah OpenID turut menyokong lain-lain akaun seperti Yahoo dan lain-lain lagi. Dapatkan atau semak OpenID anda disini.

Jangan terperanjat sekiranya anda telah memiliki OpenID tanpa anda ketahui.

Rabu, 21 April 2010

Desa Bestari Blog: mengajar mengaji (iqra' & Al-Quran)

Nama Anda: fida
Emel Anda: aneesa_balqish@yahoo.com
Subjek: mengajar mengaji (iqra' & Al-Quran)
Mesej: assalamualaikum n salam kepada semua...saya menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji...mmg sedang mencari muridnya.. jadi sesiape je yang berminat untuk mencari guru bg anak2 ,bolehlaa hubungi saya di talian 013-9066786 or bleh dtg jumpa di rumah no.16 jln 6 tmn desa bestari.. insyaALLAH saya bantu yang termampu...
--
Visitor Ip: 121.121.152.232

Jumaat, 16 April 2010

Desa Bestari Blog: Salam Perkenalan

Nama Anda: zaliazam (zam)
Emel Anda: zaliazam@gmail.com
Subjek: Salam Perkenalan
Mesej: Tahniah kepada admin,ini satu usaha yang baguih..
--
Visitor Ip: 121.121.45.19

Rabu, 10 Mac 2010

Desa Bestari Blog: Kelas Mengaji Untuk Kanak-kanak

Nama Anda: muniee
Emel Anda: ira_nur2000@yahoo.com
Subjek: Kelas Mengaji Untuk Kanak-kanak
Mesej: Salam,
Sesiapa ada info berkaitan kelas mengaji terutama kepada kanak-kanak (tadika/sekolah rendah) di kawasan persekitaran komuniti Desa Bestari, boleh kongsikan di blog ini
--
Visitor Ip: 58.26.69.3

Rabu, 24 Februari 2010

Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar

Kepada yang tak berpeluang melanggan Streamyx buat sementara boleh lah guna Celcom Prabayar. Berikut adalah ringkasan perihal melanggan Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar.

Cuma ada 2 pilihan sahaja:
1.Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar Harian RM6 (untuk 24 jam)
2.Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar Mingguan RM20 (untuk 7 hari)

Boleh guna Pek SIM XPAX atau Celcom Blue, dan perlu ada 3G Modem. Kalau guna telefon bimbit 3G pun leh gak tapi elok guna Modem USB 3G jika nak sambung pada PC/Laptop.



Setelah talian telefon tersebut aktif, sila buat panggilan kemana-mana nombor telefon yang aktif dan anda akan diminta untuk memlilih tetapan bahasa.

Aktifkan perkhidmatan 3G menggunakan telefon bimbit (telefon murah seperti Nokia 1209 pun boleh), tunggu maklum balas perkhidmatan 3G telah diaktifkan. Jika tidak sila cuba lagi.

Kemudian taip HELP 5 dan hantar ke 28882

Anda akan menerima mesej:

“Utk melanggan Pelan Jalur Lebar Harian, taip BROADBAND DAILY & hantar ke 28882.Utk melanggan Pelan Jalur Lebar Mingguan,taip BROADBAND WEEKLY & hantar ke 28882”

Contoh untuk langganan 24jam, taip BROADBAND DAILY dan hantar ke 28882

Anda akan menerima mesej:

“Enjoy 24hrs of unlimited usage @ only RM6. To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882. RM6 will be charged to yr account upon confirmation.”

Jangan tergesa-gesa untuk klik “Connect”, Pastikan anda baca mesej tersebut dengan teliti dan balas mesej tersebut dengan menaip Broadband Yes dan hantar ke nombor 28882 terlebih dahulu dan anda juga perlu menunggu mesej pengesahan pengaktifan perkhidmatan Pelan Jalur Lebar tersebut atau anda akan dikenakan caj RM0.10/10kB.

Satu jam sebelum perkhidmatan langganan Perkhidmatan Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar akan tamat anda akan menerima mesej peringatan.

Tak cukup bagus la talian tak stabil.

Selasa, 23 Februari 2010

Desa Bestari Blog: salam perkenalan

Nama Anda: Hj Ali
Emel Anda: haifaz2005@yahoo.com
Subjek: salam perkenalan
Mesej: hi pekaba semua..selamat berkenalan
--
Visitor Ip: 202.184.141.11

Isnin, 22 Februari 2010

Desa Bestari Blog: Salam...

Nama Anda: muniee
Emel Anda:ira_nur2000@yahoo.com
Subjek: Salam...
Mesej: Salam kepada semua warga desa bestari..:)
--
Visitor Ip: 58.26.69.3

Isnin, 1 Februari 2010

Test - Catatan

Tujuan: Menguji catatan ini samada sampai atau tidak ke Yahoo group serta ke emel setiausaha. Secara automatik menggunakan fungsi BlogSend.
Daripada: http://desabestari.blogspot.com/

Harap semua penerima dapat tinggalkan pesanan pada ruangan sembang di blog ini menyatakan maklum balas catatan (post)ini.



Terima Kasih

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.