Khamis, 26 Ogos 2010

Desa Bestari Blog: Tips menghalang jenayah

Nama
Anda*:
Khairy
Jamaludin
Emel
Anda*:
k_rydipcs84@yahoo.com
Subjek*: Tips
menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia
Mesej*: Tips
menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun
dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam,
cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri
sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda
dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang,
jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka
boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba ,
991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam
handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda
untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis
automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah
atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda
supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat
yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear
& stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi
ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya
dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual)
dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 18.
Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda
buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat
beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Gambar
(jika ada):
logo-polis.jpg
Powered by EmailMeForm

Desa Bestari Blog: Pelan Tambahan Dan Ubahsuaian Rumah

Nama Anda: ZARUL
Emel Anda: technicelufah@gmail.com
Subjek: Pelan Tambahan Dan Ubahsuaian Rumah
Mesej: Salam, kepada penduduk-penduduk Taman Desa Bestari.
Jika anda memerlukan perkhidmatan Pelan untuk ubahsuaian dan tambahan rumah. Sila hubungi: (m)0176383116 (F) 80600018 (e) technicelufah@gmail.com
--
Visitor Ip: 121.121.139.74

Isnin, 9 Ogos 2010

Membudayakan “Peka Keselamatan”

Apa yang perlu kita lakukan adalah 1.memantau persekitaran daripada kehadiran orang asing yang mencurigakan, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah orang tersebut
2.mencatatkan no pendaftaran atas kehadiran kenderaan asing yang tak diundang, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah pemilik kenderaan tersebut
3.maklumkan jiran sekiranya kita tiada dirumah, juga jika pintu rumah,grill atau pintu pagar terbuka agak sila pantau ditakuti rmah tersebut sedang dirompak, juga cuba dapatkan bantuan jiran lain untuk memeriksa pagar belakang rumah samada terkoyak atau tidak, jika pagar terkoyak memang ada penyangak ada didalam rumah tersebut, sila berhati-hati dan maklumkan pihak polis.
4.jangan buat bising tengah malam, sekiranya terdengar bunyi bising seperti bunyi mengetuk atau hentakan sila pantau, maklumkan jiran lain supaya turut memantau
5. pasang lampu belakang rumah, tepi rumah dan depan rumah – gunakan kuasa lampu 8watt atau 11 watt untuk jimatkan bil, jika semua rumah berbuat demikian cahaya terang akan diperolehi dengan sekata, elok guna lampu luar rumah dari jenis yang berskru supaya penyangak susah nak matikan.
6. sila balas sms jiran anda terutama yang berkaitan perihal maklumat keselamatan serta pemantauan keselamatan. Jika sms anda tidak berbalas sila telefon untuk memastikan situasi adalah selamat atau mereka sememangnya memerlukan bantuan
7. keluar berkenalan dengan jiran anda setidak tidaknya jiran, kiri, kanan, depan dan belakang rumah hadiri jemputan ke majlis-majlis kenduri atau bacaaan yasin, jika kita sudah beramah mesra lebih mudah untuk berkomunikasi terutama dalam pemantaun keselamatan atau kes kecemasan
8. pastikan diri masing-masing menyumbang tenaga dalam pemantauan keselamatan termasuk melakukan rondaan sukarela, ingatlah semua orang pun ada hal masing-masing, semua orang sibuk, jadi rancang dan luangkan masa untuk menyertai rondaan keselamatan sukarela, takan malam Sabtu atau malam Ahad pun tak boleh – dah la tu sebulan sekali, takan tu pun tak boleh, hari yang tak boleh tu tukar la dengan jiran lain.
9. elakkan budaya bila seang lupa jiran, bila susah baru nak cari jiran
10. jika sinki anda tiada air terutama sebelah malam jangankeluar rumah dahulu, Tanya jiran anda adakahmereka juga tiada bekalan air (pastikan anda bayar bil), kerana ada trend penyangak tutup meter air supaya mangsa boleh dirompak apabila pintu rumah dibuka.
11. simpan nombor telefon jiran dan AJK untuk pemantauan keselamatan atau memohon bantuan ketika kecemasan, menurut pengalaman biasanya kereta peronda polis akan sampai ketempat kejadian dalam masa 40-45 minit, maka bantuan jiran adalah lebih cepat dari bantuan polis. Ada juga petugas polis bahagian jenayah, pemantau keselamatan kes-kes seperti pecah rumah dan rompakan boleh sampai kelokasi sekitar 5 ke 10 minit, dapatkan nombor telefon mereka dari jiran anda AJK tempat anda (pasti ada yang tahu Cuma jangan segan bertanya)
12. benarkan anak-anak anda bermain bersama anak jiran, paling idak anak kita kenal anak jiran dan jiran kita itu sendiri, kalau kita tak ambil kidah pun nak kenalan dengan jiran kita
13. sentiasa bekerjasama apabila diminta bagi memantau keselamatan setiap masa, kecuali jika anda uzur atau sememangnya da hal yang sangat penting yang tidak boleh ditinggalkan
14.selalu memberi pandangan yang bernas dalam teknik pemantauan keselamatan, walaupun ianya Nampak mudah dan nampak bodoh tetapi sekiranya ia bolehmembantu mengurangkan kebarangkalian kejadian kes jenahyah, kenapa tidak?
15. pasikan kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dijalakan pada waktu kerja biasa – isnin jumaaat- 8.30pg – 5.30 ptg, sabtu 8.00pg-2ptg, untuk memantau jika berlaku kes pecah rumah. Jika waktu cuti panjang elakkan aktiviti ubahsuai rumah - sekiranya ada bunyi bising ia akan memudahan kita memantau bunyi yang tidak sepatutnya itu.
16. didik anak supaya mereka juga membudayakan “peka keselamatan”
17. penyangak ini biasanya akan memerhatikan rumah yang dia nak rompak sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam lebih awal, jika kita Berjaya memantau bau asap rokok atau pergerakan manusia yang mencurigakandipersekitaran rumah atau semak samun ia boleh membantu mengurangkan kejadian jenayah
18. antara waktu berlakunya jenayah ialah pukul 1pagi hingga 5 pagi dan pernah ada kes 7pagi hingga ke 10pagi atau 12 tgh hari

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.