Rabu, 1 Jun 2011

Gotong Royong Perdana 2011

Diharapkan semua penduduk Taman Desa Bestari (juga yang belum berpindah masuk) akan dapat turun-beramai-ramai untuk bersama-sama menyumbang tenaga melaksanakan Gotong Royong Perdana 2011.

Gotong Royong ini juga sempena menyahut seruan Majlis Daerah yang turut mengajurkan Gotong Royong Peringkat Mukim Labu, dimana Majlis Daerah Sepang turut menyumbangkan peralatan untuk diguna pakai bagi tujuan Gotong Royong (tertakluk kepada kelulusan Majlis serta ketersediaan peralatan pada hari tersebut).

Diharapkan semua penduduk dapat menyediakan sedikit potluck untuk jamuan sewaktu Gotong Royong disamping sedikit jamuan sumbangan oleh Majlis Daerah.

Tarikh: 19 jun 2011 (Ahad)
Tempat Berkumpul: Pos Kawalan RELA
Masa: 8.30am (taklimat serta pembahagian kumpulan) serta penyerahan/pengumpulan potluck.
Jamuan:
1. Sedikit sumbangan dari Majlis Daerah Sepang
2. Potluck dari penduduk Taman Desa Bestari

Kawasan gotong royong diberi keutamaan untuk kerja-kerja membersihkan kawasan sepanjang laluan paip gas – memotong pokok serta rumput pada bahagian sebelah kawasan perumahan. Chainsaw dan pemotong rumput akan cuba diusahakan oleh AJK melalui Majlis daerah Sepang. Pembersihan kawasan ini bertujuan mengurangkan resiko kawasan tersebut dari menjadi tempat persembunyian penyangak serta lain-lain haiwan yang mungkin berbahaya.

Dengan harapan kehadiran yang menggalakkan:

Kawasan lain ialah taman permainan Fasa 1 dan 2, membersihkan taman daripada duri, batu-batan ika ada serta bendasing yang difikirkan memberi resiko pada keselamatan pengunjung taman terutamanya kanak-kanak.

Juga pemeriksaan longkang serta “pit”, jika terdapat bendasing ianya perlu dibersihkan bagi melancarkan perjalanan aliran air serta menghalang dari air bertakung (yang bukan sepatutnya) yang boleh memberi resiko pembiakkan nyamuk aedis yang boleh mengancam nyawa.


Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.