Isnin, 3 Oktober 2011

Surau Desa Bestari

Salam,

Saya mengucapkan syabas! kepada semua AJK dan penduduk yang terlibat dalam usaha merancang perlaksanna untuk mendirikan Surau kita di DB ini.


 Pelan tapak Surau




Lukisan Surau DB.



Rabu, 3 Ogos 2011

Jawapan MPS Aduan Kutipan Sampah

Salam,

Untuk makluman semua bahawa kutipan sampah Taman Desa BEstari sekarang telah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Sepang manakala kerja-kerja pembersihan awam mash dilakukan oleh pemaju. Untuk keterangan lanjut sila lihat pautan ini: Aduan No 11780

Selasa, 12 Julai 2011

Cukai Taksiran Kekal

Salam,

Berikut adalah surat jawapan dari Majlis Perbandaran Sepang. Kata-kata yang digunakan agak tidak jelas, apa yang disimpulkan oleh beberapa rakan kita bahawa jawapannya adalah "Cukai Taksiran Dikekalkan" seperti yang telah disemak semula oleh MPS.

Rabu, 1 Jun 2011

Gotong Royong Perdana 2011

Diharapkan semua penduduk Taman Desa Bestari (juga yang belum berpindah masuk) akan dapat turun-beramai-ramai untuk bersama-sama menyumbang tenaga melaksanakan Gotong Royong Perdana 2011.

Gotong Royong ini juga sempena menyahut seruan Majlis Daerah yang turut mengajurkan Gotong Royong Peringkat Mukim Labu, dimana Majlis Daerah Sepang turut menyumbangkan peralatan untuk diguna pakai bagi tujuan Gotong Royong (tertakluk kepada kelulusan Majlis serta ketersediaan peralatan pada hari tersebut).

Diharapkan semua penduduk dapat menyediakan sedikit potluck untuk jamuan sewaktu Gotong Royong disamping sedikit jamuan sumbangan oleh Majlis Daerah.

Tarikh: 19 jun 2011 (Ahad)
Tempat Berkumpul: Pos Kawalan RELA
Masa: 8.30am (taklimat serta pembahagian kumpulan) serta penyerahan/pengumpulan potluck.
Jamuan:
1. Sedikit sumbangan dari Majlis Daerah Sepang
2. Potluck dari penduduk Taman Desa Bestari

Kawasan gotong royong diberi keutamaan untuk kerja-kerja membersihkan kawasan sepanjang laluan paip gas – memotong pokok serta rumput pada bahagian sebelah kawasan perumahan. Chainsaw dan pemotong rumput akan cuba diusahakan oleh AJK melalui Majlis daerah Sepang. Pembersihan kawasan ini bertujuan mengurangkan resiko kawasan tersebut dari menjadi tempat persembunyian penyangak serta lain-lain haiwan yang mungkin berbahaya.

Dengan harapan kehadiran yang menggalakkan:

Kawasan lain ialah taman permainan Fasa 1 dan 2, membersihkan taman daripada duri, batu-batan ika ada serta bendasing yang difikirkan memberi resiko pada keselamatan pengunjung taman terutamanya kanak-kanak.

Juga pemeriksaan longkang serta “pit”, jika terdapat bendasing ianya perlu dibersihkan bagi melancarkan perjalanan aliran air serta menghalang dari air bertakung (yang bukan sepatutnya) yang boleh memberi resiko pembiakkan nyamuk aedis yang boleh mengancam nyawa.


Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Selasa, 10 Mei 2011

Sofware Edit Gambar Percuma

Kepada mereka yang suka snap gambar bolehlah mencuba software ini yang boleh dikatakan senang untuk digunakan. Mengikut sedikit pengalaman saya menggunakan Photoshop CS 4 dan CS5 (saya hanya guna features asas sahaja) jika dibandingkan dengan XN View ini boleh dikatakan hampir setara, lainlah kalau ingin menggunakan features Photoshop yang lebih advanced.

Kepada yang ingin mencuba bolehlah muat turun Xn View Photo Editor secara percuma.

Tips untuk edit gambar boleh didapati di Edit Gambar Bahagian 1 dan Edit Gambar Bahagian 2 menggunakan XN View.

Selamat mencuba.

Selasa, 3 Mei 2011

Applikasi \Perisian (Software)

Applikasi \Perisian (Software)

Applikasi \Perisian (Software) juga adalah Harta Intelek.

Kehidupan seharian kita tidak dapat dielakkan dari menggunakan applikasi \ perisian seperti Microsoft Office. Applikasi \ perisian ini juga adala Harta Intelek, untk mengguankannya kita perlu mendapatka lesan yang tulin. Sudah tentu kita perlu membayar untuk lesen tersebut dengan harga yang tinggi. Juga terdapat Microsoft Office Starter yang mempunyai had tertentu (hanya MS Office dan MS Excel sahaja) “pre-install” dengan PC baru yang berjenama seperti Hp dan Dell.

Adakah applikasi \ perisian yang serasi (compatible) lainyang membolehkan kita membaca serta membuka fail serta edit file dalam format Microsoft Office? Jawapannya Ya! Untuk Microsoft Words, Excel dan Powerpoint. Adakah ianya percuma? Ya! Ianya percuma! Namun begitu anda mungkin akan rasa kekok sedikit ketika mula-mula menggunakan kerana ia agak sedikit berbeza daripada Microsoft Office yang biasa kita gunakan. Tapi apa yang penting ianya adalah percuma.

1. Applikasi \ perisian Abi Word untuk gantian MS Word (compatible with Ms Word 97-2003 dan 2007/2020) – penggunaan secara percuma

2. Applikasi \ perisian Gnumeric download untuk gantian MS Excel (compatible with Ms Excel 97-2003 dan 2007/2020) – penggunaan secara percuma

3. Applikasi \ perisian gantian bagi Powerpoint boleh didapati didalam pakej Open Office atau Libre Office seperti dibawah.

4. Manakala applikasi \ perisian Open Office, kini pengeluar applikasi \ perisian telah berpecah dan mengeluarkan jenama baru Libre Office – penggunaan secara percuma. Perlu “nstall” JRE (Java Runtime Environment) terlebih dahulu – download secara percuma.

Sistem Pengoperasi PC

Harta Intelek

Jika kita mengambil kira Harta Intelek (Intelectual Property) maka menggunakan perisian tanpa lesen adalah salah disisi undang-undang termasuk menggunakan Sistem Pengoperasi (Operating System) Windows tanpa lesen.

Bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan Komputer Peribadi (Personel Computer) dengan cara yang sah serta tidak menggunakan Harta Intelek dengan cara yang tidak sah.

Sistem Pengoperasi

Windows
Sistem Pengoperasi (Operating System) yang biasa kita gunakan adalah Windows.Windows yang terbaru adalah Windows 7 yang didtangkan dalam perbagai pakej sebagai contoh: Windows 7 Basic, Windows 7 Home, Windows 7 Home Premium,Windows 7 Professional dan Windows 7 Ultimate.

Windows tersebut juga didatangkan dengan dua “architechture” ia itu 32 bit dan 64 bit – bergantung kepada jenis CPU yang kita gunakan. Bagi CPU i3, i5 dan i7 boleh menggunakan samada 32 bit (dengan 2GB RAM) atau 64 bit (dengan4 2GB RAM).

Menggunakan Windows adalah sah jika kita mempunyai lesen yang tulin serta perlu dibayar dengan wang ringgit dengan jumlah yang agak tinggi.

Untuk menggunakan Windows ianya perlu di “install” pada “hard disk” terlebih dahulu.

Linux
Selain daripada menggunakan Windows kita juga boleh menggunakan Sistem Pengoperasi yang lain seperti Linux. Antara Linux yang popular adalah Ubuntu, SuSe, Puppy Linux dan lain-lain.

Linux Ubuntu sebagai contoh ia juga didatangkan dalam dua “architechture” ia itu 32 bit dan 64 bit – bergantung kepada jenis CPU yang kita gunakan. Bagi CPU i3, i5 dan i7 boleh menggunakan samada 32 bit (dengan 2GB RAM) atau 64 bit (dengan4 2GB RAM) untuk “performance yang baik walaupun ia boleh menggunaka RAM yang lebih rendah berbanding Windows. Ia juga boleh di pasang (install) pada PC lama sebagai contoh Pentium 4 dengan RAM minima 256MB (lebih baik jika guna 512MB atau lebih).

Namun begitu terdapat sedikit masalah tentang “hardware driver” sebagai contoh WiFi, Bluetooth. Pada kebiasaannya “hardware driver” akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Menggunakan Linux adalah secara percuma kecuali Linux tertentu untuk kegunaan Korporat seperti Red Hat Linux.

Untuk menggunakan Linux kita boleh juga “install” pada “hard disk” terlebih dahulu atau boleh gunakan linux tanpa perlu “install” pad ahard disk sebagi ganti kita perlu “install” Linux terebut ke DVD atau USB Thumdrive – dengan cara ini ia tidak akan mengubah apa-apa setting pada Komputer anda. Linux juga boleh di “install” bersama dengan Windows (Windows perlu di “install” terlebih dahulu sebelum Linux).

Cara install Linux ke CD\DVD atau Usb Thumbdrive

1. Memerlukan installer seperti – Universal Installer
2. Linux ISO seperti Ubuntu – download secara percuma
3. DVD (media) serta DVD drive atau USB Thumb drive degan USB port
4. Boleh memahami bahasa Komputer untuk membaca Help file dari internet – boleh search mengunakan Google.

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.