Memaparkan catatan dengan label PTT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTT. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Dialog Komuniti Bersama Polis

Sesi Penerangan Pencegahan Jenayah serta Dialog Komuniti Bersama Polis akan diadakan pada 2 April 2011 (Sabtu) jam 9 malam di Taman Permainan Fasa 2.

Kehadiran anggota Balai BBST, serta beberapa orang dari ahli PTT dari Taman sekitar.

Kehadiran penduduk Taman Desa Bestari amat dialu-alukan, setidak-tidaknya setiap rumah dapat menghantar seorang wakil.

Harap boleh maklumkan kepada jiran-jiran yang lain berkenaan aktiviti ini serta boleh hadir bersama untuk memeriahkan lagi majlis demi keselamatan kediaman kita.

Diharapkan dapat membawa sepiring kuih untuk jamuan ringan "Pot luck".

Selasa, 23 November 2010

PTT Daerah Sepang - Nafas Baru

PTT Daerah Sepang telah diberi nafas baru. Kini pengurusan channel telah dapat dilaksanakan secara lebih baik dengan perlantikan AJK yang telah dilakukan beberapa bulan yang lalu. Dimana penstrukturan semula Channel PTT telah dilakukan sebaik mungkin juga penglibatan pihak polis yang lebih mantap berbanding duhulu. Juga kaedah pemantaun yang lebih felksibel serta tidak menekan pengguna PTT untuk melakukan pemantaun diluar kawasan masing-masing.

Channel Utama akan dibiarkan "sunyi" dari jam 12 malam hingga 7 pagi setiap hari bagi tujuan memberi laluan kepada pemantaun keselamatan atau panggilan kecemasan sahaja kecuali malam Hari raya. Hanya beberapa orang wakil taman dari segenap pelusuk Daerah Sepang dibenarkan menyertai Channel utama ini bagi tujuan mengelakkan Channel jammed, Manakala channel-channel taman masing-masing atau channel lain boleh digunakan untuk komunikasi setempat.

Oleh itu diharapkan penggunaan PTT dapat dihidupkan kembali di Taman Desa Bestari bagi tujuan pemantauan keselamatan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk khasnya yang menggunakan PTT.

Harap dapat maklum balas dari penduduk Taman Desa Bestari dengan memberi komen pada catatan ini berkenaan PTT.

PTT Maxis

Perkhidmatan PTT MAXIS yang beberapa bulan lepas diumumkan di website nya bahawa perkhidmatan PTT akan ditamatkan pada 30 Nov 2010, kini pengumuman tersebut telah dikeluarkan dari website MAXIS. Besarlah harapan kita untuk meneruskan usaha pemantaun keselamatan taman dengan menggunakan perkhidmatan PTT hanya dengan yuran bulanan RM15 atau untuk mencuba anda boleh melanggan untuk 1 hari dengan yuran RM1.

Diharapkan MAXIS terus menyediakn perkhidmatan PTT ini. Dikhabarkan pengguna PTT diseluruh Malaysia sekitar 3 juta.

Jumaat, 30 April 2010

Pengaktifan GPRS dan Push2Talk

Berikut adalah ringakasan kaedah untuk mengaktifkan PTT berdasarkan info dari website Maxis.

Pengkatifan GPRS

Dail *100#
Dibawah tetapan pilih Pengaktifan GPRS
Pada Telefon Nokia: Pilih "Jawapan"

Pengkatifan Push2Talk
(Model selain dari Nokia 6600,7610,6630 dan 6670)


Langkah 1:
Sms PTT ke 26000

Langkah 2:
Pengaktifan bulanan: Dail *110*30#

Untuk menerima tetapan Push2Talk sila taip SMS PTT atau PTT ke 22333 

Untuk permohonan penukaran kata laluan SMS KATALALUAN ke 22333 (sila tunggu sehingga 15 minit sebelum perkhidmatan PTT boleh digunakan)

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.