PTT Daerah Sepang telah diberi nafas baru. Kini pengurusan channel telah dapat dilaksanakan secara lebih baik dengan perlantikan AJK yang telah dilakukan beberapa bulan yang lalu. Dimana penstrukturan semula Channel PTT telah dilakukan sebaik mungkin juga penglibatan pihak polis yang lebih mantap berbanding duhulu. Juga kaedah pemantaun yang lebih felksibel serta tidak menekan pengguna PTT untuk melakukan pemantaun diluar kawasan masing-masing.
Channel Utama akan dibiarkan "sunyi" dari jam 12 malam hingga 7 pagi setiap hari bagi tujuan memberi laluan kepada pemantaun keselamatan atau panggilan kecemasan sahaja kecuali malam Hari raya. Hanya beberapa orang wakil taman dari segenap pelusuk Daerah Sepang dibenarkan menyertai Channel utama ini bagi tujuan mengelakkan Channel jammed, Manakala channel-channel taman masing-masing atau channel lain boleh digunakan untuk komunikasi setempat.
Oleh itu diharapkan penggunaan PTT dapat dihidupkan kembali di Taman Desa Bestari bagi tujuan pemantauan keselamatan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk khasnya yang menggunakan PTT.
Harap dapat maklum balas dari penduduk Taman Desa Bestari dengan memberi komen pada catatan ini berkenaan PTT.
Selasa, 23 November 2010
PTT Daerah Sepang - Nafas Baru
Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)
Desa Bestarians Group
Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan