Ahad, 11 Julai 2010

Streamyx @ Desa Bestari Fasa 2

Akhirnya Jumaat lepas 9 Julai pergi mengadap TM PointBanting. Sebab surat merah TM Dah lama sampai. Semak punya semak bil dah mencecah RM458.00 padahal tak pernah guna pun talian telefon tetap untuk membuat panggilan dan streamyx tak pernah pun aktif. Nak dijadikan cerita, ikut procedur TM kena bayar 50% dari bil tertunggak sebelum sebarang aduan boleh diproses, nak tak hendak bayar jugalah RM250.00. Kemudian proses aduan pun dimulakan semula. Dulu penat dah menelefon no 100 tu, kemudian pergi pula ke TM Cyberjaya beberapa kali, emel ke pusat khidmat pelanggan pu dah dihantar namun penjelasan yang diberikan semenagnya tidak munasabah dan tidak professional. Menurut kaunter Banting, dalam sistem semuanya kelihatan sudah sedia untuk perkhidmatan Streamyx bagi kawasan Desa Bestari Fasa 2 nie dimana talian telefon disambung pada Kabinet F391 (dengan sambungan fiber optik) tepi rumah No.1 Jalan Desa Bestari 6. Selesainya proses mengaktifkan semula aduan tersebut maka salinan borang aduan disediakan sebagai rujukan. Kalau mengikut pengalaman perkhdmatan di TM Point Banting lebih mesra pelanggan, mungkin juga mereka ni lebih berpengalaman berbanding TM Point Cyberjaya.

Sebelah petang ketika jam menghampiri pukul 7 malam handphone berbunyi memaparkan nombor yang tak perah kulihat, dengan berat hati jawab jugalah panggilan tersebut, tak disangka-sangka pangilan tersebut adalah dari TM Point Banting memaklumkan tindakan sedang diambil oleh bahagian teknikal di Cyberjaya, kerana sudah lewat petang serta telah menghampirai hujung minggu saya diminta untuk cuba menghidupkan modem untuk menguji talian Streamyx pada hari Isnin 12 Julai atau Selasa 13 Julai dan pihak TM Banting akan menelfon kembali untuk mendapatkan status terkini serta memproses bil yang dah overcharge.

Pada sebelah malam tadi (Ahad 11 Julai)saja-saja gatal tangan nak cuba onkan modem tanpa mengharap apa-apa perkembangan terkini, tunggu punya tunggu penujuk LED "DSL" mula berkelip-kelip, Ha! nampak seperti talian Streamyx sudah aktif! Dengan perasan ragu, manalah tahu jika talian masih tidak 100% berfungsi. Tungu lagi agak lama juga, hingga LED "DSL" terus on permanently. Ada harapan nih! Apa lagi cuba onkan PC, cari USB wireless adaptor tak pulak jumpa... maklumlah modem kat tingkat atas dan PC kat tinggkat bawah, wayer CAT5 yang ada pun pendek jer... cari punya cari.. jumpa gak la USB wireless adaptor tu... test punya test... Alhamdulillah!! boleh online. Maka dengan itu saya pun menulis catatan ini serta menghantar SMS kepada beberapa jiran dijalan Desa Bestari 4,6 dan 8. Saya pasti ramai yang menunggu-nunggu saat ketibaan Streamyx ke Desa Bestari Fasa 2!

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.