Rabu, 24 Februari 2010

Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar

Kepada yang tak berpeluang melanggan Streamyx buat sementara boleh lah guna Celcom Prabayar. Berikut adalah ringkasan perihal melanggan Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar.

Cuma ada 2 pilihan sahaja:

1.Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar Harian RM6 (untuk 24 jam)
2.Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar Mingguan RM20 (untuk 7 hari)

Boleh guna Pek SIM XPAX atau Celcom Blue, dan perlu ada 3G Modem. Kalau guna telefon bimbit 3G pun leh gak tapi elok guna Modem USB 3G jika nak sambung pada PC/Laptop.



Setelah talian telefon tersebut aktif, sila buat panggilan kemana-mana nombor telefon yang aktif dan anda akan diminta untuk memlilih tetapan bahasa.

Aktifkan perkhidmatan 3G menggunakan telefon bimbit (telefon murah seperti Nokia 1209 pun boleh), tunggu maklum balas perkhidmatan 3G telah diaktifkan. Jika tidak sila cuba lagi.

Kemudian taip HELP 5 dan hantar ke 28882

Anda akan menerima mesej:

“Utk melanggan Pelan Jalur Lebar Harian, taip BROADBAND DAILY & hantar ke 28882.Utk melanggan Pelan Jalur Lebar Mingguan,taip BROADBAND WEEKLY & hantar ke 28882”

Contoh untuk langganan 24jam, taip BROADBAND DAILY dan hantar ke 28882

Anda akan menerima mesej:

“Enjoy 24hrs of unlimited usage @ only RM6. To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882. RM6 will be charged to yr account upon confirmation.”

Jangan tergesa-gesa untuk klik “Connect”, Pastikan anda baca mesej tersebut dengan teliti dan balas mesej tersebut dengan menaip Broadband Yes dan hantar ke nombor 28882 terlebih dahulu dan anda juga perlu menunggu mesej pengesahan pengaktifan perkhidmatan Pelan Jalur Lebar tersebut atau anda akan dikenakan caj RM0.10/10kB.

Satu jam sebelum perkhidmatan langganan Perkhidmatan Pelan Jalur Lebar Celcom 3G Pra Bayar akan tamat anda akan menerima mesej peringatan.

Tak cukup bagus la talian tak stabil.

5 ulasan:

Maxis broadband pun ok dari celcom..speed lagi laju..

tapi celcom jer ker boleh guna kat desa bestari tuh? Maxis dan Digi takde signal ker???

kat db 6 maxis pon bleh guna. setakat ni overall ok sket la dari celcom. digi tak try lg..

streamyx mmg takde lagi ke kat desa bestari??? habis laa ps3 online aku..

Digi line teruk sgt le... salah placing HP alamatnya mmg tak dpt coverage laa kat jln DB 8 tu.... nak kena minta digi upgrade coverage dia...

maxis broadband dpt full bar HSDPA tak kat DB>?????

Catat Ulasan

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.