Isnin, 9 Ogos 2010

Membudayakan “Peka Keselamatan”

Apa yang perlu kita lakukan adalah 1.memantau persekitaran daripada kehadiran orang asing yang mencurigakan, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah orang tersebut
2.mencatatkan no pendaftaran atas kehadiran kenderaan asing yang tak diundang, maklumkan jiran lain supaya turut memantau dan memastikan siapakah pemilik kenderaan tersebut
3.maklumkan jiran sekiranya kita tiada dirumah, juga jika pintu rumah,grill atau pintu pagar terbuka agak sila pantau ditakuti rmah tersebut sedang dirompak, juga cuba dapatkan bantuan jiran lain untuk memeriksa pagar belakang rumah samada terkoyak atau tidak, jika pagar terkoyak memang ada penyangak ada didalam rumah tersebut, sila berhati-hati dan maklumkan pihak polis.
4.jangan buat bising tengah malam, sekiranya terdengar bunyi bising seperti bunyi mengetuk atau hentakan sila pantau, maklumkan jiran lain supaya turut memantau
5. pasang lampu belakang rumah, tepi rumah dan depan rumah – gunakan kuasa lampu 8watt atau 11 watt untuk jimatkan bil, jika semua rumah berbuat demikian cahaya terang akan diperolehi dengan sekata, elok guna lampu luar rumah dari jenis yang berskru supaya penyangak susah nak matikan.
6. sila balas sms jiran anda terutama yang berkaitan perihal maklumat keselamatan serta pemantauan keselamatan. Jika sms anda tidak berbalas sila telefon untuk memastikan situasi adalah selamat atau mereka sememangnya memerlukan bantuan
7. keluar berkenalan dengan jiran anda setidak tidaknya jiran, kiri, kanan, depan dan belakang rumah hadiri jemputan ke majlis-majlis kenduri atau bacaaan yasin, jika kita sudah beramah mesra lebih mudah untuk berkomunikasi terutama dalam pemantaun keselamatan atau kes kecemasan
8. pastikan diri masing-masing menyumbang tenaga dalam pemantauan keselamatan termasuk melakukan rondaan sukarela, ingatlah semua orang pun ada hal masing-masing, semua orang sibuk, jadi rancang dan luangkan masa untuk menyertai rondaan keselamatan sukarela, takan malam Sabtu atau malam Ahad pun tak boleh – dah la tu sebulan sekali, takan tu pun tak boleh, hari yang tak boleh tu tukar la dengan jiran lain.
9. elakkan budaya bila seang lupa jiran, bila susah baru nak cari jiran
10. jika sinki anda tiada air terutama sebelah malam jangankeluar rumah dahulu, Tanya jiran anda adakahmereka juga tiada bekalan air (pastikan anda bayar bil), kerana ada trend penyangak tutup meter air supaya mangsa boleh dirompak apabila pintu rumah dibuka.
11. simpan nombor telefon jiran dan AJK untuk pemantauan keselamatan atau memohon bantuan ketika kecemasan, menurut pengalaman biasanya kereta peronda polis akan sampai ketempat kejadian dalam masa 40-45 minit, maka bantuan jiran adalah lebih cepat dari bantuan polis. Ada juga petugas polis bahagian jenayah, pemantau keselamatan kes-kes seperti pecah rumah dan rompakan boleh sampai kelokasi sekitar 5 ke 10 minit, dapatkan nombor telefon mereka dari jiran anda AJK tempat anda (pasti ada yang tahu Cuma jangan segan bertanya)
12. benarkan anak-anak anda bermain bersama anak jiran, paling idak anak kita kenal anak jiran dan jiran kita itu sendiri, kalau kita tak ambil kidah pun nak kenalan dengan jiran kita
13. sentiasa bekerjasama apabila diminta bagi memantau keselamatan setiap masa, kecuali jika anda uzur atau sememangnya da hal yang sangat penting yang tidak boleh ditinggalkan
14.selalu memberi pandangan yang bernas dalam teknik pemantauan keselamatan, walaupun ianya Nampak mudah dan nampak bodoh tetapi sekiranya ia bolehmembantu mengurangkan kebarangkalian kejadian kes jenahyah, kenapa tidak?
15. pasikan kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dijalakan pada waktu kerja biasa – isnin jumaaat- 8.30pg – 5.30 ptg, sabtu 8.00pg-2ptg, untuk memantau jika berlaku kes pecah rumah. Jika waktu cuti panjang elakkan aktiviti ubahsuai rumah - sekiranya ada bunyi bising ia akan memudahan kita memantau bunyi yang tidak sepatutnya itu.
16. didik anak supaya mereka juga membudayakan “peka keselamatan”
17. penyangak ini biasanya akan memerhatikan rumah yang dia nak rompak sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam lebih awal, jika kita Berjaya memantau bau asap rokok atau pergerakan manusia yang mencurigakandipersekitaran rumah atau semak samun ia boleh membantu mengurangkan kejadian jenayah
18. antara waktu berlakunya jenayah ialah pukul 1pagi hingga 5 pagi dan pernah ada kes 7pagi hingga ke 10pagi atau 12 tgh hari

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.