Selasa, 3 Mei 2011

Sistem Pengoperasi PC

Harta Intelek

Jika kita mengambil kira Harta Intelek (Intelectual Property) maka menggunakan perisian tanpa lesen adalah salah disisi undang-undang termasuk menggunakan Sistem Pengoperasi (Operating System) Windows tanpa lesen.

Bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan Komputer Peribadi (Personel Computer) dengan cara yang sah serta tidak menggunakan Harta Intelek dengan cara yang tidak sah.

Sistem Pengoperasi

Windows
Sistem Pengoperasi (Operating System) yang biasa kita gunakan adalah Windows.Windows yang terbaru adalah Windows 7 yang didtangkan dalam perbagai pakej sebagai contoh: Windows 7 Basic, Windows 7 Home, Windows 7 Home Premium,Windows 7 Professional dan Windows 7 Ultimate.

Windows tersebut juga didatangkan dengan dua “architechture” ia itu 32 bit dan 64 bit – bergantung kepada jenis CPU yang kita gunakan. Bagi CPU i3, i5 dan i7 boleh menggunakan samada 32 bit (dengan 2GB RAM) atau 64 bit (dengan4 2GB RAM).

Menggunakan Windows adalah sah jika kita mempunyai lesen yang tulin serta perlu dibayar dengan wang ringgit dengan jumlah yang agak tinggi.

Untuk menggunakan Windows ianya perlu di “install” pada “hard disk” terlebih dahulu.

Linux
Selain daripada menggunakan Windows kita juga boleh menggunakan Sistem Pengoperasi yang lain seperti Linux. Antara Linux yang popular adalah Ubuntu, SuSe, Puppy Linux dan lain-lain.

Linux Ubuntu sebagai contoh ia juga didatangkan dalam dua “architechture” ia itu 32 bit dan 64 bit – bergantung kepada jenis CPU yang kita gunakan. Bagi CPU i3, i5 dan i7 boleh menggunakan samada 32 bit (dengan 2GB RAM) atau 64 bit (dengan4 2GB RAM) untuk “performance yang baik walaupun ia boleh menggunaka RAM yang lebih rendah berbanding Windows. Ia juga boleh di pasang (install) pada PC lama sebagai contoh Pentium 4 dengan RAM minima 256MB (lebih baik jika guna 512MB atau lebih).

Namun begitu terdapat sedikit masalah tentang “hardware driver” sebagai contoh WiFi, Bluetooth. Pada kebiasaannya “hardware driver” akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Menggunakan Linux adalah secara percuma kecuali Linux tertentu untuk kegunaan Korporat seperti Red Hat Linux.

Untuk menggunakan Linux kita boleh juga “install” pada “hard disk” terlebih dahulu atau boleh gunakan linux tanpa perlu “install” pad ahard disk sebagi ganti kita perlu “install” Linux terebut ke DVD atau USB Thumdrive – dengan cara ini ia tidak akan mengubah apa-apa setting pada Komputer anda. Linux juga boleh di “install” bersama dengan Windows (Windows perlu di “install” terlebih dahulu sebelum Linux).

Cara install Linux ke CD\DVD atau Usb Thumbdrive

1. Memerlukan installer seperti – Universal Installer
2. Linux ISO seperti Ubuntu – download secara percuma
3. DVD (media) serta DVD drive atau USB Thumb drive degan USB port
4. Boleh memahami bahasa Komputer untuk membaca Help file dari internet – boleh search mengunakan Google.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.