Jumaat, 23 April 2010

Perihal Talian Telefon Tetap TM dan Streamyx

Beginilah coretan yang dapat dirakamkan mengenai Perihal Talian Telefon Tetap TM dan Streamyx di Desa Bestari yang masih menunggu jawapan yang tidak begitu diharapkan memberi harapan yang cerah.

-----Original Message-----
From: xxxx
Sent: Tuesday, April 20, 2010 11:04 AM
To: help@tm.com.my
Subject: Perkhidmatan Streamyx - 03-8706xxxx

Pusat Khidmat Pelanggan,

Saya xxxx no KP xxxx-xx-xxxx telah membuat pindahan talian
telefon dari:

03-8889xxxx
No x Jalan P11 K/6,
Presint 11, 62300 Purajaya
Tarikh: 16 Nov 2009

ke 03-8706xxxx
No x Jalan Desa Bestari 6,
Taman Desa Bestari,
Salak Tinggi 43900
Sepang Selangor
(Kawasan Perumahan baru).

Talian telefon di alamat baru telah diaktifkan pada 5 April 2010 setelah
beberapa aduan saya buat kerana talian tidak dipindahkan lagi sedangkan
jiran-jiran telah pun mendapat sambungan talian telefon terlebih dahulu.

Pada 12 April saya telah menghubungi 100, saya dimaklumkan perlu menunggu
sehingga 7 hari bekerja untuk Perkhidmatan Streamyx diaktifkan.

Namunbegitu sehingga 16 April 2010 Perkhidmatan Streamyx masih belum
diaktifkan lagi maka saya telah menghubungi 100 dan dimaklumkan tindakan
akan diambil dalam masa 24jam nombor laporan ialah 1-665014xxxx. Namun begitu
sehingga hari ini semalam 19 April 2010 masih tiada tindakan diambil oleh
pihak TM.

Hari ini saya cuba menghubungi 100 tetapi talian sibuk dalam jangkamasa yang
agak panjang.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Saya berharap pihak tuan dapat memberi maklumbalas dalam kadar segera.

Sekian,

Terima Kasih.

xxxx
017-xxxxxxxx


daripada TM Customer Care Support
kepada xxxx@gmail.com
tarikh 2010 April 23 12:38
subjek Perkhidmatan Streamyx - 03-8706xxxx
dimel oleh tm.net.my

sembunyikan butiran 12:38 (2 jam yang lalu)

Kepada Encik xxxx,

Terima kasih diatas e-mel anda kepada TM. Kami memohon maaf diatas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada e-mel anda bertarikh 20hb April 2010 berkenaan isu perpindahan talian telefon dan Streamyx anda, sila maklum kami telah mengajukan isu anda kepada pihak yang berkenaan untuk siasatan selanjutnya. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Harap maklum bahawa TM amat mengambil berat tentang segala pandangan dan komen yang diterima untuk membaiki lagi mutu perkhidmatan kami kepada semua pelanggan. Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my. Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan "Bantuan Teknikal" untuk bantuan lanjut.

Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.


Yang benar,

Faraliana
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.com.my

(ICOMS#9628440-702632)


---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: xxxx
Tarikh: 2010 April 23 14:46
Subjek: Re: Perkhidmatan Streamyx - 03-87060898
Kepada: TM Customer Care Support


TM Customer Care Support,

Pada hari semalam Khamis 22 April 2010 saya menerima panggilan dari pihak TM dari nombor telefon 03-78446260, beliau memaklumkan kepada saya bahawa perkhidmatan Streamyx tidak dapat disediakan untuk kawasan perumahan saya dengan alasan jarak antara rumah dan equipment sekitar 8KM, oleh itu ditakuti perkhidmatan akan mengalami masalah disebabkan jarak yang jauh.

Saya maklumkan kepada beliau bahawa bahawa talian telefon saya disambungkan pada kabinet berdekat yang jaraknya adalah 2 1/2 tiang sahaja dan sambungan dari kabinet tersebut ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi menggunakan Fiber Optik. Beliau tidak dapat memberi komen lebih lanjut dan meminta saya hadir ke TM Point untuk semakan lanjut.

Mengikut pengalaman saya Talian 100 tidak banyak membantu, manakala TM Point juga lebih memberi kesulitan kepada pelanggan daripada meyelesaikan masalah pelanggan.

Disini ingin saya maklumkan sekali lagi bahawa talian telefon rumah saya disambungkan ke Kabinet F391 DP29. F391 disambungkan menggunakan Fiber Optik ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi, dan DP29 jaraknya 3 tiang dari Kabinet F391 dan kedudukan rumah saya adalah 2 1/2 tiang dari F391.

Saya tidak percaya bahawa perkhidmatan Streamyx tidak boleh disediakan diakawasan perumahan tersebut dengan alasan:

1.Kabinet F391 yang disediakan adalah Kabinet baru dengan sambungan Fiber Optik ke TM Exchange Bdr Baru Salak Tinggi dan bagi kawasan perumahan baru semestinya Perkhidmatan Internet Jalur Lebar perlu disediakan.
2. Kawasan perumahan tersebut kesemuanya adalah dari jenis Semi-D, hanya 10 talian disambung ke kampung bersebelahan, jika semua fasa telah siap jumlah keseluruhan rumah melebihi 470 unit.
3. Rumah saya hanya 2 1/2 tiang dari Kabinet F391, yang menggunakan sambungan dari DP29 iaitu 3 tiang dari Kabinet F391 iaitu kurang dari 200M dan bukannya 8KM.

Saya percaya telah berlaku kesilapan dipihak pengurusan samada bahagian Planning atau pun bahagian Teknikal mahupun kemaskini pada System Database.

Saya berharap agar pihak TM Customer Care Support mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status permohonan perkhidmatan Streamyx ini. Ini bertujuan mengelakkan kesulitan pada pihak saya yang sememangnya tidak boleh diselesaikan melalui panggilan ke Talian 100 atau pun hadir ke TM Point.

Saya berharap pihak TM Customer Care Support dapat memberi maklum balas pada kadar segera.


Sekian,

Terima Kasih.

xxxx
017-xxxxxxxx



1 ulasan:

hmm...same goes to my case mase nk mohon streamyx for office..

TM perlu BANGKIT dari tidur..TM=Tak Mau, Tak Mampu, Tak Memahami...huhuhu...

Catat Ulasan

Terbitkan catatan anda sendiri untuk blog ini (ahli Desa Bestarians Group sahaja)

Desa Bestarians Group

Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar (jika ada)
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks / nombor dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Nota: Klik Hantar sekali sahaja (pastikan talian internet elok)
Semua terbitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada blog ini.